Sebagai penyedia sistem bunyi dan audio visual moden, TalaTechnix menawarkan peralatan berkualiti tinggi, perkhidmatan pemasangan bertauliah, serta nasihat pakar untuk memenuhi keperluan masjid, dewan dan premis komersial.
Dengar sendiri kualiti audio sebenar sebelum buat keputusan – Booking Percuma!
TalaTechnix, anak syarikat di bawah Sense Solution Sdn Bhd, beroperasi dari Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu sebagai peneraju dalam penyelesaian audio visual profesional. Khidmat kami meliputi pemasangan sistem untuk Masjid, Sekolah, Dewan, Auditorium, Bilik Persidangan, Mesyuarat Maya dan PAVA (Public Address & Voice Alarm).
Fokus kami adalah menyediakan solusi akustik yang tepat dan berkesan, dengan mengutamakan kejelasan bunyi, kestabilan sistem serta susun atur yang teratur. Semua ini dicapai melalui pemilihan peralatan berkualiti dan pelaksanaan teknik pemasangan berstandard tinggi.
Berbekalkan pengalaman pelbagai projek, bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh negeri di Malaysia, TalaTechnix terus mengekalkan reputasi sebagai penyedia perkhidmatan yang dipercayai, profesional, dan berorientasikan hasil.
Bayangkan ruang audio anda kedengaran macam dalam studio rakaman 🎶. Dengan nasihat & kepakaran kami – dari design sistem, pilihan gear, sampai tuning akustik – semua boleh jadi realiti ikut bajet anda.
Bunyi yang jelas. Visual yang mantap. 🎶📽️ Tak kira masjid yang perlukan kejelasan khutbah, dewan untuk acara rasmi, atau sekolah dengan aktiviti harian – kami sedia membekalkan PA System & Audio Visual berkualiti tinggi untuk setiap ruang, termasuk premis komersial.
Setiap ruang berbeza, setiap bunyi punyai kelainan 🎶. Kami memastikan pemasangan PA System & Audio Visual secara profesional, ditune khas ikut keperluan dan akustik lokasi anda.
Teknologi canggih tak bermakna apa-apa tanpa pemahaman. 🌟 Kami menyediakan sesi latihan eksklusif, agar setiap pengguna mampu mengendalikan PA System & Audio Visual dengan penuh keyakinan dan ketepatan.
Slot hanya untuk 5 pemasangan demo sahaja setiap bulan. - Tak perlu bayar, kami datang demo dulu.
*Harga bergantung kepada keluasan masjid, kuantiti, jenis speaker & peralatan.
Transformasikan bilik mesyuarat anda dengan sistem audio visual bertaraf premium & terkini – dirangka untuk mereka yang menuntut kecemerlangan. Setiap komunikasi disampaikan dengan kristal jelas, elegan, dan penuh wibawa dalam setiap perbincangan strategik mahupun persidangan.
Sistem pengumuman kecemasan dan pemindahan untuk bangunan awam dan komersial bagi memastikan keselamatan penghuni. Sistem ini menggunakan PAVA System (Public Address & Voice Alarm System) yang direka untuk memberikan arahan yang jelas dan berkesan semasa situasi kecemasan.
Sistem audio profesional berkuasa tinggi yang memberikan bunyi jelas dan seimbang untuk acara di ruang besar seperti dewan dan auditorium.
Penyelesaian sistem siaraya yang ideal bagi sekolah, masjid dan bangunan besar – memastikan setiap makluman atau pemberitahuan disampaikan secara menyeluruh.
Apabila standard masjid anda adalah kecemerlangan, PA System biasa tidak mencukupi. Kami sediakan sistem eksklusif dengan kejelasan audio tanpa kompromi, demi pengalaman ibadah yang lebih tenang & sempurna.
TAHUN PENGALAMAN
(2013 - 2025)
SISTEM TELAH DIPASANG
(2021 - 2025)
NILAI PROJEK KESELURUHAN
(2021 - 2025)
PEMASANGAN &
PENYELENGGARAAN SISTEM
( Testimoni )
Alhamdulillah... Puas hati pemasangan PA system A to Z, audio pun padu sedap didengar di telinga, pekerja pun mesra tidak sombong.. apa pun terima Sense Solution 👍
Sangat berpuashati di atas servis dan bantuan teknikal. Recommended 👍🏻👍🏻👍🏻
Hampir 30 tahun saya bertugas sebagai Imam masjid, selama saya berkhidmat di masjid, saya selaku imam amat jarang sekali untuk saya ketemui dengan PA system yang begitu amat baik sekali dengan apa yang dibekalkan & di'tuning' oleh Sense Solution. Saya amat berpuas hati sekali dengan ujian suara yang dijalankan. Saya berbangga dan berterima kasih kepada Sense Solution Sdn Bhd.
Kita punya problem dengan bunyi di masjid ni sudah lama dah, sudah banyak saya telah bawa technician @ syarikat-syarikat untuk dapatkan bunyi yang baik tapi mengecewakan. Tapi alhamdulillah Sense Solution telah memberi keputusan yang baik kepada kita dengan sistem & sound yang baik yang menepati piawaian kita. Terima kasih kepada Sense Solution yang memberikan hasil kepuasan maksimum kepada Masjid Al-Falah. Best !!
Alhamdulillah Syarikat Ini Memang Terbaik, Buat Sampai Jadi. Mudoh Baso Senang Kiro, Yang Mana-Mana Nok Buat Pemasangan Sistem Pembesar Suara, Saya Syorkan Pilih Lah Syarikat Ini, Memang Terbaik Servis Dia
Service yang mantap
PT 387, Tingkat 1, Jalan Kota Jelasin,
Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia
+609 746 1746
+6014 900 0155
Hari: Ahad - Khamis:
Waktu: 8:30AM - 5:30PM